Komen Konsert ke 3
Posted on 2 Apr 2007Konsert pada minggu ini boleh dikatakan agak “kureng” berbanding dengan konsert pada minggu kedua. Ramai pelajar memberian persembahan yang agak hambar. Para penonton setia Akedemi Fantasia pastinya
tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar AF5 ini. Konsert pada AF minggu
ketiga juga menyaksikan para pegkritik telah kembali memberikan komen-komen yang agak pedas berbanding konsert kedua yang dihujani dengan kata-kata pujian.
Kita fokus kepada persembahan Noni pada minggu ketiga. Pada awal permulaan lagu, Noni memulakan persembahan agak baik, namun pada pertengahan lagu tersebut, suara Noni seolah-olah kehilangan harmoni. Para penonton pastinya perasaan dengan perubahan ataupun “slack” dalam persembahan Noni. Walaubagaimanapun persembahan Noni tidaklah terusk sangat, pasti ada di antara penonton yang masih lagi terhibur dengan persembahannya.
Beralih pula kepada komen para pengkritik. Pasti ramai penonton yang sudah menjangkakan Noni akan menerima kritikan yang pedas daripada para pengkritik.Perkataan pertama yang keluar dari Kak Gee adalah “sory”. Ini menunjukkan Kak Gee tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Noni. Kak Gee telah membandingkan Noni dengan Lea Salonga dalam penghayatan. Persoalannya di sini, mengapa membandingkan Noni dengan Lea Salonga? Noni baru sahaja 3 minggu di akademi manakala Lea Salonga pula telah bernyani sejak dari kecil lagi. Lea Salonga telah menghasilkan albun yang pertamanya semasa dia berusia tujuh tahun. Lea Salonga telah banyak melakukan persembahan yang besar seperti Drury Lane, in London pada Sep 20, 1989. Mungkin Lea Salonga juga adalah seperti Noni pada peringkat awal dulu.
Komen yang kedua pula dari Hattan, beliau juga kurang berpuas hati dengan persembahan Noni.Ode To My Familysebenarnya bukan lagu yang agak sesuai untuk menguji kebolehan vocal Noni. Jika kita dengar lagu ini, ia agak santai ataupun slow dan lontaran vocal juga agak selemba. Sesiapa sahaja yang membawa Ode To My Family, pastinya tidak akan dapat menonjolkan range vocal ataupun keupayaan vocal yang sebenarnya. Ogy juga turut memberi komen tentang tahap penghayatan Noni.
Diharapkan apa yang telah dikatakan oleh para pengkritik menjadi satu panduan berguna bagi Noni. Terima je lakomen² tu.. nak buat cam mana, memang tugas pengkritik, tak boleh duduk diam… baik atau buruk persembahan seseorang itu pasti dikritik oleh pengkritik.
NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN

