Noni
Posted on 11 Apr 2007Nonny Nadirah Zainuddin @ Noni
18 tahun
Kota Kinabalu, Sabah
*Lagu-lagu yang dipersembahkan sewaktu konsert: Tak Ada Logika (Agnes Monica), Mirai E (Kiroro), Ode To My Family (The Cranberries) dan Pastikan (Datuk Siti Nurhaliza).
“Apabila orang mengatakan saya gedik dan mengada-ngada seperti yang ditonton menerusi Diari AF, saya tidak mampu untuk menutup mulut orang kerana jika orang mengenali siapa diri saya yang sebenar, mereka akan faham apa yang saya tonjolkan di dalam diari itulah personaliti saya yang sebenar.
“Mengenai kes perebutan lagu sehingga menyebabkan ada yang berkecil hati pula, saya tidak dapat mengelak daripada kejadian itu berlaku kerana lagu-lagu yang diberikan pada setiap minggu itu merupakan senarai lagu yang menjadi wish list kami. Jadi, kami kena bertolak-ansur dan berbincang sebaik mungkin agar semua dapat merasa menyanyikan setiap genre muzik.
“Saya juga akui bahawa saya tidak dapat membawa lagu Pastikan dengan baik meskipun saya tahu lagu itu sebenarnya mudah dan senang dibawa. Saya mempunyai kelemahan dari segi pernafasan dan disebabkan itulah, pada konsert itu, saya tidak dapat menarik suara setinggi mungkin. Tenaga pengajar juga tahu kelemahan saya itu dan saya berazam untuk memperbaiki diri saya jika diberi peluang.”
Utusan Malaysia
NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN

