Pelajar perempuan tidak cemburu populariti Dekna
Posted on 27 Apr 2007
Noni seronok digelar selebriti
(Foto: Utusan)
Ditanya samada mereka mencemburui populariti serta perhatian yang diberikan kepada Dekna, ketiga-tiga gadis tersebut menjawab, “Tidak pernah terlintas untuk mencemburui dengan kawan kami sendiri. Malah kami bergembira untuk Dekna.”
Jelas Noni pula, mereka tidak dipinggirkan kerana sudah menjadi satu protokol di mana setiap yang terkeluar akan mempunyai jadual persembahan serta penampilan televisyen dan radio selama seminggu. “Kami sudah pun melaluinya dan kini giliran Dekna pula. Mungkin sebab itu ramai yang merasakan dia lebih mendapat sambutan,” katanya lagi.
Noni seronok bergelar selebriti
Bagaikan mimpi menjadi realiti apabila bekas pelajar AF5 diberi layanan VIP setaraf status selebriti tempatan yang lain.
Walaupun hanya berada dalam akademi selama beberapa minggu, Noni, Fatin dan Diya tetap diberi layanan istimewa.
Malah acara yang berlangsung sempena meraikan tayangan perdana Cicakman di Astro Ria baru-baru jelas melihatkan bekas-bekas pelajar diberi layanan tetamu undangan istimewa.
“Inilah acara pertama saya di mana saya diundang sebagai tetamu selebriti khas,” ujar Noni yang teruja dengan suasana pada malam tersebut.
Peminat-peminat mereka juga berduyun-duyun meminta autograf serta mengambil gambar di restoran Isthmus itu.
“Selepas sahaja saya terkeluar, ramai yang sudah mengenali saya. Terutamanya bila saya berjalan-jalan di sekitar ibukota, ramai yang datang berjumpa dengan saya untuk bersalam-salaman serta mengambil gambar.
“Seronok rasanya,” ujar bekas pelajar dari Sabah itu.
-mstar.com-
NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN

