Noni penyeri AF5?
Posted on 8 Apr 2007Adakah dengan penyingkiran Noni akan membawa kesan kepada AF 5? Noni adalah seorang pelajar yang boleh dikatakan Happy Go Lucky. Biarpun Noni menjadi pelajar yang ketiga tersingkir pada minggu yang ke empat, namun dia masih lagi mampu menyembunikan perasaan sedihnya. Jika kita mengikuti diary AF, noni sentiasa kelihatan gembira di hadapan kaca tv tetapi seperti yang kita sedia maklum, kehidupan Noni bukanlah senang jika dibandingkan dengan beberapa pelajar yang lain. Salah satu contoh, dalam surat noni, dia agak kecewa kerana tidak ada ahli keluarganya yang datang menyaksikan konsert.Segala kesedihan Noni disembunikan disebalik sifatnya yang suka senyum dan ketawa. Mungkin ini adalah ubat bagi kesedihan yang dialami oleh NONI.
Saya telah mengikuti perkembangan Noni dalam beberapa forum dan ramai yang mengatakan sekiranya Noni tersingkir maka hilanglah seri AF. Apapun untuk membuktikan kenyataan tersebut betul atau tidak, kita sama-sama tunggu dan lihat. Segalanya akan terjawab dalam diary minggu ke lima yang akan bermula esok.

NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN

