Makan Amal Bersama Finalis AF5 - KDCA Penampang Sabah
Posted on 2 Jul 2007Konsert pada kali ini tidak seperti konsert-konsert sebelumnya kerana bukan sahaja peserta sabahan yang hadir untuk membuat persembahan pada 30 Jun lepas tetapi Mila dan Mila. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa nama Heliza tidak ada? sebenarnya Heliza boleh dianggap sabahan sebapnya dia telah menaetap di sabah.
E-voke juga telah turut serta dalam konsert ini dan mereka membuat persembahan sebagai pembuka tirai konsert pada malam tersebut sebalum artis-artis AF5 memulakan persembahan pada malam tersebut.
Selesai sahaja kumpulan E-voke membuat persembahan, pengacara pada malam itu membuat beberapa gimik untuk kemunculan artis-artis AF5. Kehadiran Noni dan Farha memberi kejutan kepada para penonton pada malam itu. Sebelum ini hanya lima perserta sahaja yang telah diwarwarkan untuk menjayakan konsert tersebut. Nama Noni sebelum ini memang tidak pernah disebut untuk menjayakan konsert tersebut. Ini menyebapkan ramai peminat Noni yang tidak megetahui kehadirannya di KDCA pada 30 Jun lepas.
Noni adalah artis kedua yang membuat persembahan pada malam tersebut selepas Farha dengan lagu Tak Ada Logika OA Agnes Monica. “Agnes Mau Nikah” huhu… itu adalah antara lawak yang Noni lakukan pada malam tersebut ditambah pula dengan kelincahannya membuatkan lagi persembahan dia menarik.
Noni telah mengambil peluang ini untuk bercuti selama 5 hari, maklumlah sudah lama tidak balik ke Sabah. “Noni ingin melepaskan rindu kepada ahli keluarga terutama mama”. Semoga para penonton yang hadir pada malam trsebut terhibur dengan persembahan yang disajikan oleh artis-artis yang hadir pada malam tersebut. Akhir kata, selamat bercuti Noni….
*pictures will be update soon…
NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN

